Projek Tanaman Serai di Gemas telah menunjukkan kadar pertumbuhan yang memberangsangkan. Selepas melalui proses pembajaan 2 minggu yang lepas dan kadar taburan hujan yang kerap di ladang menyebabkan kadar pertumbuhan serai kami semakin cepat dan subur. Kehijauan rumpun-rumpun diikuti dengan liuk lentok daun-daun serai yang ditiup angin menjadikan kawasan ladang kami begitu tenang dan menyegarkan.
Walau bagaimanapun ladang kami tidak lari dari kewujudan tumbuhan perosak yang turut memberi saingan kepada rumpun-rumpun serai untuk hidup. Maklumlah kawasan tersebut telah dibaja... Oleh yang demikian kami telah menjalankan prosedur kawalan rumpai secara mekanikal dan semburan racun rumpai secara berkala. Memandangkan musim hujan yang sedang berlangsung, pemantauan yang kerap perlu diberikan agar kadar pertumbuhan serai dapat dimaksimumkan.
SPECIAL THANKS TO OUR SPECIAL GUEST MR VENKETESH VELU FROM INDIA FOR HIS VISIT. HOPEFULLY WE CAN WORK TOGETHER AND HAVING A GOOD NETWORK IN FUTURE IN ORDER TO EXPEND OUR BUSINESS. WE ARE REALLY APPRECIATE IT! 8-)